Maklumat teknikal IBM DB2

DB2 boleh ditadbir menerusi baris perintah mahupun GUI. Antara muka baris perintahnya memerlukan pengetahuan yang lebih meluas mengenai produk ini tetapi boleh diskrip dan diautomasikan dengan mudah. GUInya pula ialah pelanggan Java rentas-pelantar yang mempunyai pelbagai wizard sesuai untuk pengguna baharu.DB2 menyokong SQL serta XQuery. Ia juga mempunyai pelaksanaan asli bagi storan data XML, di mana data XML disimpan sebagai XML (bukan sebagai data hubungan atau data CLOB) untuk capaian lebih pantas menggunakan XQuery.

DB2 ada API untuk REXX, PL/I, COBOL, RPG, FORTRAN, C++, C, Delphi, .NET CLI, Java, Python, Perl, PHP, Ruby, dan banyak lagi bahasa pengaturcaraan lain. DB2 turut menyokong penyepaduan kedalam persekitaran pembangunan bersepadu Eclipse dan Visual Studio.

Berkaitan